Wednesday, September 13, 2006

Dosa Kecil..

Di dalam ajaran Islam, dikenal adanya dosa besar dan dosa kecil. Namun tidak didapati rincian dalam al-Qur'an dan Hadis, dua sumber agama Islam, tentang kesalahan apa saja yang dikategorikan dosa besar dan dosa kecil. [baca lagi]

hmm... katakanlah tak sure samaada dosa besar atau dosa kecil.. tapi yang kita kena make sure kita tau yang dosa kecilpun kalau acapkali buat jadi dosa besar gak...

Tuesday, September 12, 2006

Banyak Perbelanjaan Untuk Berkahwin?

setelah mengetahui rezeki allah taa'la banyak dilimpahkan setelah berkahwin baru tersedar rugi tak kawin awal2...

sbnrnya, atas kefahaman masing² ..
klu dah tak boleh lari dari arus semasa utk mendirikan perkahwinan .. mmg takkan boleh lari punya...
tapi kalau kita boleh berfikir positif utk mendirikan perkahwinan dengan segera, tanpa perlu mengikut arus semasa,
insyaAllah kita akan dapat...

Monday, August 28, 2006

Duit.. duit.. di mana kau duit...

sekadar ilmu yg sedikit,

duit tu cuma alat perantaraan kita ajer..
utk urusan jual beli matawang tu utk kita dapatkan barang mengikut harga pada duit itu sendiri...

contohnya.. gula harga rm1.50 pada masa skrg nih..
tapi ingat dak dulu gula hanya seringgit dan pada zaman mak nenek kita gula hanyalah lima belas det (15sen).. adakah gula tu naik harga?? kenapa pula gula semakin berharga??? jawabnya.. nilai matawang yang dipengaruhi inflasi lah menyebabkan kita terpaksa berganda mengeluarkannya utk mendapatkan gula...

dan inflasi itu adalah anak kepada riba.. riba adalah haram dan berdosa besar bagi org yang memakannya...

so menjawab soklan sengal... duit tu takder mender punya... masa kat tangan si penjudi pun sifat fizikal duit itu tidak haram.. dan tak perlu samak slps menyentuhnya... tapi.. nilai matawang tersebut.. bila di tukar dengan barangan atau makanan, dan makanan itu masuk kedalam tubuh si pemakan maka yang haram itu sudah menjadi darah daging si pemakan...

klu penjudi td tak makan makanan tersebut pun akan tetapi dia bagi anak bini yang makan.. maka anak binilah yang makan benda haram hasil si penjudi tadi...

so utk kontrak jual beli kat shah alam adalah sah.. sebab ada penawaran dan penerimaan, dan pelaku kontrak bersetuju atas kontrak tersebut... adalah tidak haram kita memakan hasil penjualan kita yang halal di sisi syarak... so serupa kita berniaga gula dekat seorang pelacur.. sah kontrak jual beli gula kita... tapi jangan pula masa jual gula tu duk offer gula " aku offer discount gula kat ko, ko offer aku satu malam .. amacam?"

Wednesday, August 23, 2006

Tegurlah Wanita Islam dengan penuh Himmah

islam itu bersaudara...
yg mana kita boleh tegur.. tegurlah.. dengan perbuatan ker, dengan perkataan ker.. atau klu dah tak boleh sangat tegur dalam hati... doa kat allah supaya kawan kita tu diberi hidayah cepat2 dan dia dapat pula berdoa kepada org lain yg sama perangai dengannya...

tegur cara berhimmah ni mmg kena betul2 pro..
perempuan itu adalah dari tulang rusuk lelaki yg bengkok...
klu cara kasar2.. kang patah..
klu cara lembut2 serupa tak buat aper2 laa.... tak jadi.. ntah2 semakin membengkok klu diberi muka..
so depend... nak tackle perasaan pompuan ni timing kena pandai..

Friday, August 11, 2006

Apostate.. isu murtad lagi...

Kerja sapa lah apostate of Islam nih... ???
(kuar dari islam dan tak menganut apa2 agama)

inilah bila syariat islam tak ditegakkan..
bila hukuman mandatory tak dijalankan pada orang2 yg murtad, maka akan ramai lagilah org akan murtad...

bila belajar agama tanpa penghayatan beginilah jadinya.. biarpun mengaji sampai tahap 4 senawi pun tapi tak dak penghayatan, akidah boleh terpesong...

aku dah baca testimoni serta dalil2 yang puak2 apostate tu berikan.. ternyata mereka tiada penghayatan langsung pada agama ..
aku memandang mereka ni sebenarnya salah dari sudut,
apa yang depa belajar agama adalah secara terpaksa (ikut perkembangan sekeliling )
tanpa asuhan ibu dan bapa (ibu bapa serah seratus peratus pada sekolah)
translasi ayat quran dengan cara yang salah (tak berguru, dan tanpa tafsir, just main baca jer),
terpengaruh dek pertubuhan pembela wanita (yang terasa wanita ni teraniaya.. lebih2 lagi allah menggariskan panduan yang sebenarnya utk keselamatan wanita yg mereka pikir membebankan mereka)
tidak kenal allah melalui zat2nya (mereka ni bodoh kerana menyangkakan mereka sembah something yg tak dapat dikenali .. depa ingat org ker boleh main hai boleh berkenalan)
salah sangka pada rasulullah dan sahabat pada waktu islam mula membangun (islam nak selamatkan puak kafirun dari terus hanyut dengan kekafiran, lebih2 lagi wanita yang tiada tempat bergantung selepas suami mereka yang kafir dah mati semasa perang dengan kaum muslimin)

dan akhir sekali mereka murtad tanpa sebarang notis.. (murtad secara diam) setelah dipertemukan jodoh dengan puak apostate yang sedia ada..

dan depa ni cukup takut dengan tindakan yang bakal dikenakan ke atas mereka, jadi mereka berdiam diri...

aku tak galakkan kawan2 membaca testimoni mereka kerana mereka menulis berdasarkan logik dan memutarbelitkan nas2... aku sendiri dah tak sanggup membaca lebih lanjut kerana dakyah2 mereka tersangat pedas dan cuba menusuk kerelevean akal fikiran kita ... nauzubillahimin zalikh...

Thursday, August 10, 2006

La takhrabuzzina

Firman Allah yg bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Al-Isra':32)

Firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu Kemudian kalau keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan itu, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah hingga sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar dari hukuman itu. "(An-Nisa':15)

Nabi telah bersabda yg bermaksud:
“Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya.” (Hadis – Ahmad & Thabrani)

Firman Allah yg bermaksud:
“Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu..” (Al-Baqarah: 223)

Friday, August 04, 2006

Isu Murtad vs Isu Semasa

nauzubillahi min zalikh....

inilah isu yang patut umat islam sedar dan perbesar-besarkan.. biarpun dah lama, tapi ia amat berguna jika kita sedar sekarang utk masa depan kita dan anak2 kita....

so tak perlu lagi kita tengok pada isu menjatuhkan sesama kita, bidaah, wahabi dan syiah.. better kita tentang habis2an pada per'murtad'an umat islam masa kini...

bukan umat islam lubnan dan palestin ajer yang sedang diserang,
umat islam kat malaysia pun... undang2 buatan manusia ternyata memakan diri bagi umat islam di malaysia.. patutnya kita nak semua melayu adalah Islam yang sejati....

Friday, July 28, 2006

Yahudi Laknatullah

dari dulu lagi dah tau israel ni kurang ajar...
http://209.67.212.138/~lebanon/

tak habis2 kurang ajar puak depa nih.. klu tak melalui serangan fizikal mereka akan serang dengan serangan saraf, yang lebih dasyat pedih dan halus tidak dpt dinilai dengan mata kasar.. serangan sekularisme, penyelewengan akidah org islam, pembabian makanan org islam, penyerangan budaya kuning, biru, hitam pekat, seksual, porno, homoseks dan sebagainya melemahkan umat islam yg lebih sukar utk berjihad utk menegakkan kalimah allah.. sebab tu mungkin betul apa yang dahulu nabi sebut, jihad melawan hawa nafsu lebih dasyat dari jihad di medan peperangan... mungkin sebab puak arab lemah-lah, puak2 islam2 yang lain masih menunggu peluang bila utk bersatu menentang kezaliman org yahudi tu... tapi dalam masa menunggu tu, kita di hiasi dengan hiburan, pendidikan sekular dan tidak kurang dengan berjuta2 koleksi gambar porno blue gay lesbian shemale dan sebagainya... rosak mata.. hati mula kelam.. tapi masih ada simpati pada palestin dan lubnan yang dizalimi secara fizikalnya.. nauzubillahiminzalikh....

p/s - tadi kat UiA, imam mmbaca doa (doa qunut) supaya allah membantu dan memberi pertolongan kepada rakyat lubnan dan palestin dari siksaan kekejaman puak israel yahudi..

Thursday, July 27, 2006

Lagi pasal tudung

yap.. aku nak kecikkan skop sikit, khas bagi pompuan2 yg berjaya mendedahkan diri mereka dgn cara berpakaian melayu (maybe melayu moden kot)..

pakai tudung tak tutup dada.. kain tudung jarang pulak tu nak bagi angin masuk ka apa...
pakai baju jarang pulak tu, boleh nampak bra, merah ke hijau ke, baru ke lama.. baju tak longgar2... tak tutup bontot pulak tu...
pakai kain selak sini sana nak melangkah kononnya takut tergelincir. banyak kesh kat tangga..
yg pakai seluar apatah lagi.. menampakkan bentuk pinggul dan paha.. singkat nampak betis merah menyala... kat pusat ngam2, tunduk nampak spenda..
tak pakai sarung kaki, kasut selipar... aku yg tak wajib tutup kaki pun pakai stokin...

kesian laa kat org lelaki yang takut ngan fitnah pompuan zaman ni macam cik faisal... bukan semua org lelaki suka tengok korang pakai lawa2.. dan bukan semua lelaki boleh tengok pompuan zaman sekarang...
pakai macam islam nak okaylah..
time org suruh pakai, mengada2 kata islam tu berpurdah berhijab hanya tinggal mata... jgn pandai mengata aja.. klu sayang islam.. haa pakai laa purdah tu takder sapa nak kata ekstremm pun... silap2 cepat dipinang dan berumah tangga...

hmmm...
gitulah melayu...
bila aku lalu lalang di khalayak ramai, dan ketika itu ramai wanita2 berpakaian tapi seakan2 telanjang (termasuk yang konon2nya menutup aurat) aku boleh imagine,

di neraka esok, perempuan2lah yang banyak menghuni neraka...
tapi matlamat aku, aku taknaklah pergi ke neraka ... wlpun utk melihat2 perempuan2 yg aku tengok kat dunia ni di gantung di telanjang dan dicucuk disula dibakar sini sana ...

istighfar ajerlah..

Tuesday, July 11, 2006

Mengapakah Melayu Sinonim Dgn Segala Yg Negatif

sbb kita adalah melayu..

cuba kita dilahirkan dalam kaum lain.. contohnya kaum zeirgh di afrika utara, tentu kita akan issue dengan kaum zeirgh yang terkenal ngan sifat negatifnya... kata kaum2 lain di afrika, sembang2 zeirgh bukan boleh percaya.. ada gak statement 'janji zeirgh' dan 'ajak zeirgh' serta 'kahwin zeirgh'...

ataupun klulah kita ditakdirkan lahir dalam kaum paria di india selatan, tentu kita issue dengan kaum paria yang sentiasa dgn sifat negatifnya...

sbnrnya aku rasa, kaum2 lain kat malaysia nih pun banyak sifat negatifnya.. cuma tak jadi issue jer...

negatif2 ni bahaya kang sensitif di sensitiviti perkauman plak..

mungkin sifat2 negatif yang sinonim ngan kaum melayu adalah utk menjatuhkan kaum melayu...
contohnya 'jam melayu' .. kaum lain pun pakai.. tapi napa tak letak nama kaum depa aja...
pernah dengar 'sukat cayanunalif' .. cayanunalif bab2 sukat jual beli banyak yang tak betul..

sbnrnya aku bangga di lahirkan dalam kaum Melayu..
aku bukanlah melayu yang mudah lupa..

Tuesday, April 18, 2006

Takaful

Takaful adalah alternate kepada Insurans yang bersifat konvensional yang kita tak pasti sumber duit tu halal ker haram... di Malaysia ada barisan Jemaah yang monitor perkembangan Takaful ini..

Kenapa Perlu Takaful?
Untuk saling bantu membantu.. meringankan beban ahli di dalam kumpulan simpanan wang apabila di timpa musibah...
jadi berbalik pada konsep asal, adalah baik untuk kita bertakaful...
kita niatkan duit yang kita laburkan itu adalah sedekah jariah kita kepada ahli yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.. mudah2an allah menganjarkan pahala yang setimpalnya atas sedekah kita hulurkan... begitulah secara ringkasnya utk kita bertakaful...

manfaat2 yang dipelbagaikan sekarang adalah utk kebaikan bersama dan sebagai motivasi kita dalam menanam sifat suka menabung...

mudharabah yang di agihkan antara lainnya adalah utk membiayai pengurusan tabungan takaful itu sendiri..

Monday, April 17, 2006

Sempena Maulidurrasul

sempena Maulidurrasul ni, banyak ceramah di adakan, cubakan hadir mana tau dapat ustaz yang dpt memberikan penghayatan ttg rasulullah sehingga menusukkan kalbu.. contohnya.. Tok Guru ada berucap sedikit ajer kat Bachok Kelate masa Maulud minggu lepas tapi kata-kata dan doa yang keluar dari mulutnya buat para hadirin ada yg menangis teringatkan Rasulullah...

Monday, April 03, 2006

Tudung dan Solat

cemmana rasa, tak pakai tudung tapi solatnya tak tinggal.. kemudian dakwa solatnya penuh dengan solat sunat + khusyuk tawaduk...

bukankah solat boleh mencegahkan perkara mungkar???

setiap mata yang memandang perempuan tak tutup aurat tu adalah mata zina... berapa banyak dosa yang di collect...

so, buat apa nak backing org yang tak pakai tudung disebabkan orang yang pakai tudung tak semua baik... ish.. ish ish ish...

so, perempuan pakai tudung, hati tak baik pun aku tak sokong, perempuan tak pakai tudung hati baik pun aku tak sokong...
dua-dua aku doakan agar mereka insaf dan kembali ke jalan allah..

dan pada yang terbaik, aku doakan semuanya dirahmati allah dan diperkukuhkan iman sehingga kiamat...

so.. bagi yang pakai tudung.. buat lah kelaku elok2.. supaya org tak tunding jari lagi kat yang pakai tudung..

tapi klu nak berlaku jugak, nak buat cemmana kan.. bukan ada daya kita nak merubah orang lain...

bukan apa, maybe dia tahu dan akur bab2 pakai tudung.. cuma time nak buat jahat tu, dia takder iman yang kuat utk menghalangnya... sbb aku pernah tanya somebody, naper buat jahat? tak ingat tuhan ker? mak kat kampung ingat dak? , dia cakap, setan dah masuk, wlpun terbayang muka mak kat kampung tapi takder feel bersalah sbbnya spt lembu dicucuk hidung... astagfirullah al azim....

Tuesday, March 21, 2006

Cinta

mana ada lafaz yang paling agung..
melainkan "LA ILAHA ILLALLAH"
betul, tak caya tanya lecture islam anda wlupun dia bukan ustaz/ah.
tiada lafaz yang lebih agung.... hanya "LA ILAHA ILLALLAH"


biggrin.gif spider plak silap menyanyi dgn mengangungkan lafaz lain...

Wednesday, February 22, 2006

Fitnah di Akhir Zaman

fitnah akhir zaman...
dah nyata dalam al-Quran dan as-Sunnah

First kita kena jauhi dari fitnah ini,
Jaga diri kita dan keluarga kita dari neraka..

kemudian klu dpt membantu menghalang fitnah ni; contohnya dpt menyatukan umat islam melalui apa2 saluran, menentang gerakan musuh islam melalui apa2 cara yg mampu dan mempunyai kepakaran dlm undang2, silakan..

akhir zaman, org dah tak respect ulama'.. jadi pandai2lah memilih utk respect ulama' yg benar...

apa nak heran klu ulama yg jadi mufti pun org tak respect...
ulama jadi menteri besar pun org boleh persendakan...

isu rokok? macammana nak haram????
sedara mara dekat pun aku tak reti dah nak larang...
hampa tak tau laa...

Sunday, February 19, 2006

Ilmu Iman Amal

nak belajar agama ni kena berguru..

bacaan banyak yg general..
teknikal nya klu pi dengar tuk guru baca kitab.. baru tau bertapa detailnya penulis kitab tsbt.. macam belajar law..

tapi tak semua tempat yg ada tuk guru pandai bacakan kitab utk kita..

tapi kalau nak detail lagi.. kat mana perlu belajar,
kat lembah kelang ni aku tak berapa sangat...
klu kat utara, boleh pi ikut ustaz shamsuri kuliah ke masjid2.. tanya org jual kaset beliau kat pasar malam, insyaAllah depa tau...
klu kat masjid mata ayaq, setiap jumaat malam sabtu ada sorang ustaz muda, lupa plak namanya... mmg best.. dia tak hanya cakap general lagi mcm..
- Al-Quran sebagai panduan masalah manusia.
- Membaca dan memahami al-quran utk kemajuan ummah...
- manusia diturunkan di bumi dan tanggungjawab sebagai khalifah dunia...
- kafir senantiasa membuat strategi utk menjatuhkan islam...
dia akan bagitau terutama dlm kitab tu ada sebut mcmmana nak jadikan alquran tu sbg panduan, apa sebenarnya khalifah kat dunia ni, apa strategi org kafir dan banyak lagi...

tapi lepas dengar takkan tak dak action...

penting juga mendalami ilmu falsafah.. kerana dlm islam banyak falsafahnya..
silap translate mcm2 boleh jadi..
jgn duk pi ikut ayah pin dah laa...

berbalik pada tajuk tadi...
umat islam sendiri yg lemah.. ditindas.. sampai dihina di media..
tapi bukannya perkara baru.. lepas ni akan ada lagi isu lain, mana tau lagi dasyat penghinaan dari karikatur nabi muhammad itu...

org kafir ni bersahabat ngan setan... setan ni banyak akal nya..
bukan setakat karikatur nabi muhammad depa boleh lukis dan publish..
tak mustahil mereka berani melukis gambar tuhan .. (tuhan org islam depa kata)...

tapi tak semestinya kita akan berdiam.. tengok seluruh dunia islam telah bangkit..

aku pernah dgr sorang ustaz kata...
ramai di antara kita yg tak betul2 ikut islam.. tapi masih ada jugak imannya.. contohnya klu org kafir bakar masjid, org yg tak pernah pergi sembahyang kat masjid pun sama-sama marah kat org kafir.

Saturday, February 18, 2006

'Nak Bersatu' pun Kena Perjelaskan Macammana?

'nak bersatu'
pun patut di detailkan...

mula dalam diri -> keluarga -> masyarakat -> lebih2 besar lagi...

klu terpaksa skip satu point dah banyak rintangannya.. anggap ia satu cabaran.. niat kerana Allah ta'ala.. tentu keberanian milik kita..

apa benda nak bersatu?
pendapat pun susah nak bersatu.. pandangan berbeza2..
tapi klu kita fokus pada satu topik.. contohnya 'menentang patung dewa'
sblm kita nak pi serang puak2 'dewa' ni kita kena duduk, atur strategi, listkan apa reason, apa akta, apa nak jawab pada org ramai, menteri dan media luar... korbankan masa..

melalui apa nak bersatu? surat, telefon, sms, media elektronik pilih mana yg sesuai...

klu tak boleh.. terhalang... jadikan ia satu cabaran utk menegakkan yg benar.. niat kerana Allah ta'ala.. keberanian milik kita..

kenapa tidak boleh buat sorang2.. sbb mungkin ramai yg sependapat ngan kita.. mcmmana klu yg tak sependapat tu lebih ramai dari kita? kita kena buat post moterm.. apa kita dipihak yg benar ataupun mereka diluar sana yg belum sedar.... drpd nak memarahi org yg tak sependapat lebih baik kita berusaha menyedarkan mereka.. klu kita benar, sudah tentu ada satu fakta yg sangat baik utk menyedarkan mereka... tak boleh jugak, nak pulaukan mereka, kita sikit, tak pa.. bersabar dan berusaha supaya saban tahun yg akan datang tidak terpengaruh ngan mereka... makan masa.. mungkin bagi seorg anak dari lahir hingga umur 21 tahun memakan masa 21 tahun... masa menunggu jgn sia2kan.. susun strategi...

jika dalam masa menunggu tu ada perkara yg tak diingini.. kita boleh berjihad fi sabilillah...

klu semua ni tak berjaya.. habis semua team kita gugur....

sahlah, tanda2 akhir zaman...

wlpun dah ternyata akhir zaman,
jangan kita termasuk dlm fitnah org2 yg tidak benar...

sbb allah janjikan kebangkitan islam slepas kejatuhan islam di akhir zaman...

Friday, February 03, 2006

Ayam.. Halal or Haram??

halal haram???
syubhat????

... ada satu kisah halal haram nih...
ada mamat islam..
pergi selatan thai.. saja2 nak puaskan nafsu.. isteri kat umah ditinggal-tinggalkan.. so cem tau-tau jer, dia pergi satu hotel yg provide benda haram nih, kira2 ngan bapak ayam tu (jgn terkejut yer bapa ayam kat siam pandai cakap melayu) dia dpt diskaun utk 2 org pelacur sekali gus.. 2 ekor ayam maa sekali layan... diskaun maybe sebab regular customer kot...
so dicencoredkan cerita, hari pun menjelang subuh... mamat tu ntah sembahyang subuh ke tidak pagi tu.. ayam yg dua ekor tadi pun tamat tempoh nyer.. so mamat tadi pun siap2 nak balik.. lebih kurang kol 8 dia turun hotel... lapar laa plak..

dia pun amik keputusan nak breakfast kat restorant hotel tu ajer.. dia order air teh ngan nasik lauk ayam..
bila dah makanan kat depan mata, tiba2 dia terpikir sesuatu.. kemdian dia pun memandang sekeliling tak der plak tanda2 org islam kerja kat situ.. kemdian dia pun panggil pelayan..
'minta maaf, saya muslim, saya tak boleh makan ayam ni sbb tak tau ayam ni diproses org islam ke tidak.. ntah disembelih ke idak... so saya nak cancel makanan nih.. sorry yer'
akhirnya diapun chau selepas meneguk air teh yg tinggal tu...

Sunday, January 15, 2006

Perlukah kita ada awek/pakwe?

seronok bila dah ada org yg disayang nih.. apatah lagi bila dah sah menjadi kita yang punya.. tanggungjawab adalah ditangan kita.. kita yg menentukan kebahagaiaan kita di hari kemudian..

klu nak berbahagia pun jangan lupakan adab dan tatasusila yg agama dah tetapkan..
jgn bagi tuhan marah dah ler... cinta pada allah cinta pada awek...

'la takhrabuzzina' - jgn menghampiri zina..
apatah lagi berzina.. zina itu dosa besar..

untuk menjawab persoalan ini kena tanya diri sendiri.. apa definisi awek/pakwe tu bagi diri kita.. adakah sekadar insipirasi atau untuk bergaul mesra ataupun utk lebih kepada berfoya-foya??

dari sudut definisi itulah kita sendiri pun tau mana boleh mana tak boleh...