Wednesday, June 10, 2009

Tak Perlu Hitung

Kawan aku tu dah selamat diijabkabul. alhamdulillah. Aku sempat jadi drebar kereta pengantin dari Rantau Panjang ke Kepala Batas.

Perkara yang dirisaukan adalah masa amat terbatas. tambahan cuti sekolah kan. Mesti trafik sibuk di laluan ke dua2 arah Jeli - Grik. Target untuk sampai pukul 1 tghhari di rumah pengantin lelaki macam payah jer nak capai dengan cara bertolak pada pukul 9 pagi dari rumah pengantin perempuan. Dengan pelbagai cabaran seperti terpaksa berkonvoi 6 biji kereta, jalan raya tgh dibaiki dan masih belum di tar di atas titiwangsa dan sebagainya.

Akhirnya aku bertawakal pada Allah. Tuhan yang menguasai masa. Aku teringat bagaimana Rasulullah boleh bergerak dari Masjid Nabawi ke Masjid Aqsa dalam masa yang singkat dalam peristiwa Isra' Mikraj. Dan aku teringat bagaimana sahabat yang mendapati gandum pemberian nabi padanya tak habis-habis di makan sehinggalah dia teringin nak tau dan menyukat gandum tersebut; akhirnya gandum tersebut kembali pada fitrahnya iaitu habis dimakan.

So aku tekad dalam hati dan yakin Kuasa Allah boleh mengatasi segalanya. Hanya orang yang yakin sahaja dalam melawan logik akal.

Jam menunjukkan pada minit2 terakhir utk masuk pukul 9.00 pagi. Rombongan sudah bergerak diikuti oleh kereta pengantin yang di pandu aku. Destinasi pertama adalah stesen minyak petronas Jeli. Aku pakai jam tangan tapi aku tak tengok jam selepas memandu kereta. Di stesen minyak petronas mmg terasa amat lama kami singgah di situ. Tapi aku tetap tak mau tengok jam. bayangkanlah hampir 10 mp3 dihabiskan. purata 1 mp3 adalah 4 minit.

Destinasi Kedua adalah Hentian Perah, Grik. Cuti sekolah ni, mmg banyak pulak kenderaan. pukul 10 pagi mesti banyak lori-lori balak di atas jalan. Aku dalam keadaan berhati-hati dan tidak memecut kenderaan seperti tergesa-gesa mengejar masa. Bawa rileks dan steady.

Akhirnya aku sampai di hentian Perah, Grik. Alangkah terkejutnya jam di tangan menunjukkan belum pukul 12 tghhr. MasyaAllah. Aku mengucap panjang selepas itu. apa yang aku yakin mmg akan jadi boleh jadi sebenarnya. sepanjang perjalanan ke hentian Perah aku tak tengok jam. Walaupun logiknya mmg boleh lebih baik masa dari itu tapi kalau campur faktor keadaan trafik, serta jalan raya yang tidak berturap, konvoi dan bawa steady secara perhitungannya masa yang sepatutnya habis lagi banyak dari yang dialami. tak percaya lihat seterusnya.

Kami meneruskan perjalanan utk destinasi singgahan ketiga iaitu Hentian Penanti. Seterusnya ke Taman Penaga sebelum ke rumah pengantin lelaki berhampiran Kuala Muda. Pukul 3 kami di homestay taman penaga dan pukul 4 kami di rumah penganti lelaki.

Bukankah terlalu banyak masa dihabiskan...

Sepatutnya tak perlu hitung, biarkan dalam perhitungan Allah jika hendak seratus peratus tawakal kepadanya. Usaha kita biar macam biasa tak perlu hitung.

Tuesday, May 26, 2009

Apabila Orang Kafir Bercakap Menggunakan Al-Quran

Al-Quran adalah wahyu Allah..
untuk siapa? untuk semua umat nabi akhir zaman.. Nabi Muhammad S.A.W.

untuk semua umat? islam dan kafir atau islam sahaja?

Sahabat rasulullullah, saidina Omar al-khatab.. terpegun dengan bacaan al-quran yang dibaca adiknya dan dari situlah hidayah allah ta'ala untuknya... subhanallah..

.... masa berlalu dengan pantas

kita di ambang akhir zaman ini, ramai yang dah terlupa nak mengamalkan apa yang telah digariskan dalam al-Quran... walaupun diperkukuhkan dengan hadis serta disokong kuat oleh ramai ulama yang memberi pandangan mengikut pelbagai perspektif supaya senang diambil oleh kita.

...

dan kita dikejutkan dengan org kafir menggunakan ayat al-Quran dalam ceramah politiknya..

Kor Ming perbodoh umat Islam

KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat- ayat suci al-Quran semasa berceramah di Bukit Gantang disifatkan sebagai satu usaha memperbodoh- bodohkan masyarakat Islam.

Justeru Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik. ...


tetapi yang mengejutkan apabila ahli politik tersebut menjawab

"Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang," akhbar memetik ulasan Kor Ming, sekaligus menerangkan niatnya atas tindakan itu.

sekarang situasi antara dua tuntutan:

Politik atau Agama

wallahualam..