Monday, August 28, 2006

Duit.. duit.. di mana kau duit...

sekadar ilmu yg sedikit,

duit tu cuma alat perantaraan kita ajer..
utk urusan jual beli matawang tu utk kita dapatkan barang mengikut harga pada duit itu sendiri...

contohnya.. gula harga rm1.50 pada masa skrg nih..
tapi ingat dak dulu gula hanya seringgit dan pada zaman mak nenek kita gula hanyalah lima belas det (15sen).. adakah gula tu naik harga?? kenapa pula gula semakin berharga??? jawabnya.. nilai matawang yang dipengaruhi inflasi lah menyebabkan kita terpaksa berganda mengeluarkannya utk mendapatkan gula...

dan inflasi itu adalah anak kepada riba.. riba adalah haram dan berdosa besar bagi org yang memakannya...

so menjawab soklan sengal... duit tu takder mender punya... masa kat tangan si penjudi pun sifat fizikal duit itu tidak haram.. dan tak perlu samak slps menyentuhnya... tapi.. nilai matawang tersebut.. bila di tukar dengan barangan atau makanan, dan makanan itu masuk kedalam tubuh si pemakan maka yang haram itu sudah menjadi darah daging si pemakan...

klu penjudi td tak makan makanan tersebut pun akan tetapi dia bagi anak bini yang makan.. maka anak binilah yang makan benda haram hasil si penjudi tadi...

so utk kontrak jual beli kat shah alam adalah sah.. sebab ada penawaran dan penerimaan, dan pelaku kontrak bersetuju atas kontrak tersebut... adalah tidak haram kita memakan hasil penjualan kita yang halal di sisi syarak... so serupa kita berniaga gula dekat seorang pelacur.. sah kontrak jual beli gula kita... tapi jangan pula masa jual gula tu duk offer gula " aku offer discount gula kat ko, ko offer aku satu malam .. amacam?"

Wednesday, August 23, 2006

Tegurlah Wanita Islam dengan penuh Himmah

islam itu bersaudara...
yg mana kita boleh tegur.. tegurlah.. dengan perbuatan ker, dengan perkataan ker.. atau klu dah tak boleh sangat tegur dalam hati... doa kat allah supaya kawan kita tu diberi hidayah cepat2 dan dia dapat pula berdoa kepada org lain yg sama perangai dengannya...

tegur cara berhimmah ni mmg kena betul2 pro..
perempuan itu adalah dari tulang rusuk lelaki yg bengkok...
klu cara kasar2.. kang patah..
klu cara lembut2 serupa tak buat aper2 laa.... tak jadi.. ntah2 semakin membengkok klu diberi muka..
so depend... nak tackle perasaan pompuan ni timing kena pandai..

Friday, August 11, 2006

Apostate.. isu murtad lagi...

Kerja sapa lah apostate of Islam nih... ???
(kuar dari islam dan tak menganut apa2 agama)

inilah bila syariat islam tak ditegakkan..
bila hukuman mandatory tak dijalankan pada orang2 yg murtad, maka akan ramai lagilah org akan murtad...

bila belajar agama tanpa penghayatan beginilah jadinya.. biarpun mengaji sampai tahap 4 senawi pun tapi tak dak penghayatan, akidah boleh terpesong...

aku dah baca testimoni serta dalil2 yang puak2 apostate tu berikan.. ternyata mereka tiada penghayatan langsung pada agama ..
aku memandang mereka ni sebenarnya salah dari sudut,
apa yang depa belajar agama adalah secara terpaksa (ikut perkembangan sekeliling )
tanpa asuhan ibu dan bapa (ibu bapa serah seratus peratus pada sekolah)
translasi ayat quran dengan cara yang salah (tak berguru, dan tanpa tafsir, just main baca jer),
terpengaruh dek pertubuhan pembela wanita (yang terasa wanita ni teraniaya.. lebih2 lagi allah menggariskan panduan yang sebenarnya utk keselamatan wanita yg mereka pikir membebankan mereka)
tidak kenal allah melalui zat2nya (mereka ni bodoh kerana menyangkakan mereka sembah something yg tak dapat dikenali .. depa ingat org ker boleh main hai boleh berkenalan)
salah sangka pada rasulullah dan sahabat pada waktu islam mula membangun (islam nak selamatkan puak kafirun dari terus hanyut dengan kekafiran, lebih2 lagi wanita yang tiada tempat bergantung selepas suami mereka yang kafir dah mati semasa perang dengan kaum muslimin)

dan akhir sekali mereka murtad tanpa sebarang notis.. (murtad secara diam) setelah dipertemukan jodoh dengan puak apostate yang sedia ada..

dan depa ni cukup takut dengan tindakan yang bakal dikenakan ke atas mereka, jadi mereka berdiam diri...

aku tak galakkan kawan2 membaca testimoni mereka kerana mereka menulis berdasarkan logik dan memutarbelitkan nas2... aku sendiri dah tak sanggup membaca lebih lanjut kerana dakyah2 mereka tersangat pedas dan cuba menusuk kerelevean akal fikiran kita ... nauzubillahimin zalikh...

Thursday, August 10, 2006

La takhrabuzzina

Firman Allah yg bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Al-Isra':32)

Firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu Kemudian kalau keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan itu, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah hingga sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar dari hukuman itu. "(An-Nisa':15)

Nabi telah bersabda yg bermaksud:
“Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya.” (Hadis – Ahmad & Thabrani)

Firman Allah yg bermaksud:
“Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu..” (Al-Baqarah: 223)

Friday, August 04, 2006

Isu Murtad vs Isu Semasa

nauzubillahi min zalikh....

inilah isu yang patut umat islam sedar dan perbesar-besarkan.. biarpun dah lama, tapi ia amat berguna jika kita sedar sekarang utk masa depan kita dan anak2 kita....

so tak perlu lagi kita tengok pada isu menjatuhkan sesama kita, bidaah, wahabi dan syiah.. better kita tentang habis2an pada per'murtad'an umat islam masa kini...

bukan umat islam lubnan dan palestin ajer yang sedang diserang,
umat islam kat malaysia pun... undang2 buatan manusia ternyata memakan diri bagi umat islam di malaysia.. patutnya kita nak semua melayu adalah Islam yang sejati....