Tuesday, October 25, 2005

Haram merayakan perayaan orang-orang kafir


Ipoh 8 Ramadhan 1425 @ 22 Okt 2004 - Orang-orang Islam adalahdilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun.

Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deparaya" yang dipercayai dari perkataan Depavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini.

Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.

Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk

sumber :http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm



la ni banyak sangat kat media massa terutama iklan kat television yang mempopularkan DEEPARAYA nih.. patutnya kita orang islam biaqlah puak2 DEPA RAYA dulu.. kita raya kita dah laaa...

patutnya diharamkan diseluruh negara DEEPARAYA nih..

macam KONGSIRAYA aku rasa lah,
orang islam yang berketurunan cina still sambut TAHUN BARU CINA tapi taklah melanggar syariat Islam sbb tahun baru cina tu mcm tradisi/adat bagi orang cina.. bukannya keagamaan utk org budha ajer.. org cina kristian + org cina hindu pun sambut kedatangan tahun baru cina apa....
apa kata org muslim di negara china?

Wednesday, October 19, 2005

Risalah tentang Era Mahadi

Pernahkah kawan² mendapat risalah berkenaan Era Mahadi???

Pertama kali aku baca, aku rasakan risalah tersebut benar² memberi peringatan yang kita amat hampir dengan kebangkitan Imam Mahadi.. akan tetapi setelah diteliti semula dan dibawa berbincang dengan kawan² yang lain, aku merumuskan (pandangan aku) :-

positif
-------
  • peringatan bhw kita skrg di akhir zaman.. lgpun tanda2 besar yg lain yg tak disebutkan didlm artikel ini pun ada yang dah maklum.
  • bersedia utk menemui Allah Ta'ala. Kiamat kecil bila2 boleh terjadi.
  • mohon perlindungan Allah dari fitnah dajjal.
  • bekalan nafkah zahir kepada keluarga.. teringat bahawa bercucuk tanamlah sehingga hari kiamat.
  • bekalan ilmu akhirat.. takkan nak belajar ilmu network ajer... lgpun kesahihan artikal ini automatik mencetuskan idea utk nak refer kat tok guru yg terdekat...
  • berita tentang kebangkitan kaum yahudi
  • klu wujud nabi palsu atau imam mahadi palsu... semakin dekatlah kita dengan tanda2 besar kiamat.. so berhati2..
  • terlintas idea untuk solat sunat gerhana.. jadi apakah kafiat solat gerhana... google.

negatif
--------
  • khabaran bahawa golongan syiah ada menghantar artikel hampir dipastikan dengan artikel ini di mana, di permulaan artikel ada menyingkap kata2 dari saidina ali.
  • Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi (kemungkinan penulis) sengaja meletakkan al-jawi untuk menandakan bahawa dia adalah salah seorang di nusantara ini.
  • kesahihan utk mempercayai bahawa imam mahadi akan dilahirkan di nusantara ini... seolah2 akan ada org yang akan mengaku untuk menjadi imam mahadi..
  • klu nak tau pasal imam mahadi, tanyalah org yg lebih layak.. ataupun beli bacaan yang sah mcm buku yang karim duk baca tu..
  • penulis meminta kita forward artikel ini.. process yang sama dengan surat berantai... sepatutnya dihantar artikel ini ke media masa/internet, spt harakah daily .. barulah kita tahu approval org yang layak..